Thursday 3 November 2016

5 LANGKAH MUDAH MENDAPATKAN PENSIJILAN HALAL

Kesedaran untuk mendapatkan sijil Halal sudah semakin meluas di kalangan peniaga. Ini disebabkan oleh peluang-peluang yang lebih luas dalam pasaran yang telah tersedia apabila memiliki sijil Halal. Namun, sering kali kita dengar dari pengusaha mengenai isu kesukaran untuk mendapatkan pensijilan Halal.
.
Sebagai pengeluar produk makanan, kami di CTNOOR juga amat menitikberatkan pensijilan Halal pada produk kami. Kesedaran untuk memiliki sijil Halal ini bermula sejak awal kami berniaga karipap mini walaupun hanya bermula dari rumah.


Oleh itu, disini kami ingin kongsikan bagaimana langkah kami untuk mendapatkan pensijilan Halal walaupun hanya bermula dari rumah.

1- MENEROKA PASARAN
.
Kami bermula berniaga dengan TIADA pensijilan HALAL kerana hanya bermula dari rumah. Namun, itu tidak mematahkan usaha kami mendapatkan sijil HALAL kerana kami tahu, permohonan sijil HALAL tidak akan lulus sekiranya tiada premis. Tapi sebagai peniaga, kami juga mempunyai cita-cita untuk melebarkan pasaran dengan sijil HALAL.

Oleh itu, langkah pertama kami adalah dengan bermula dengan meneroka pasaran secara kecil kecilan di kedai kedai runcit. Pemilik kedai-kedai runcit tidak mengenakan syarat yang ketat untuk meletakkan barang mereka. Cara kami, pasarkan karipap mini CTNOOR di seluruh kedai kedai runcit bagi pasaran setempat.
.
2- MOHON BANTUAN ATAU MENCARI PREMIS
.
Langkah kami seterusnya, apabila pasaran kami sudah meluas ke kedai-kedai runcit bagi pasaran setempat, kami mula mendaftarkan diri sebagai anak bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia. Selepas itu, kami cuba untuk memohon bantuan dari pihak Jabatan untuk mendapatkan premis.

Bagi yang tidak mahu memohon bantuan dari mana-mana agensi kerajaan (mungkin disebabkan proses yang diambil kadang-kadang adalah lama) , boleh lah mencari mana-mana rumah kedai untuk disewa sebagai premis untuk mengeluarkan produk.
.
3- DOKUMENTASI
.
Berniaga ini juga melibatkan dokumentasi. Sejak dari awal mula berniaga, kami sentiasa menyimpan semua resit-resit dari pembekal. Penyimpanan rekod-rekod ini amat membantu kami ketika kami ingin memohon pensijilan HALAL.

4- MEMAHAMI SYARAT JAKIM

Bagi mendapatkan pensijilan HALAL dengan mudah, setelah mendapat bantuan premis dari pihak Jabatan Pertanian Malaysia, kami juga telah menyusun atur dengan teratur dan sentiasa menjaga kebersihan premis kami. Ini kami lakukan dengan cara mewujudkan tugasan untuk semua staff bagi menjaga premis. Jadual tugasan dan Standard Operational Procedure (SOP) bagi mengendalikan semua tugasan kami wujudkan supaya semuanya kelihatan teratur dan memudahkan kami untuk memohon pensijilan Halal.

5- MENGIKUTI KURSUS HALAL

Selain itu, kami juga tidak terkecuali untuk menambahkan ilmu-ilmu kami sebelum kami mendapatkan pensijilan HALAL. Apabila diberi peluang untuk menghadiri kursus Halal yang dianjurkan oleh agensi-agensi, kami akan menghadirinya bagi menambahkan ilmu kami untuk mendapatkan pensijilan HALAL.


Mendapatkan pensijilan HALAL merupakan satu proses yang berpanjangan. Proses ini akan menjadi mudah sekiranya usahawan sendiri bersedia untuk mendapatkan pensijilan HALAL dengan melakukan langkah-langkah mudah seperti yang kami telah lakukan.

Kita usaha, insha Allah dipermudahkan.
Semoga lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha produk di Malaysia yang akan mendapat pensijilan HALAL dan seterusnya memajukan lagi industri HALAL di negara ini.
.

.

Thursday 12 June 2014

Promosi Karipap Mini CTNOOR sempena musim Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum.
Berita baik buat semua yang ingin menjana pendapatan dengan Karipap Mini CTNOOR.
Kami kini sedang dalam proses memberikan sampel Karipap Mini CTNOOR buat sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan pada musim raya ini.
Dengan bermodalkan hanya RM 20, anda mungkin akan menjana pendapatan sehingga 4 angka pada musim raya ini. 

Sampel Karipap Mini CTNOOR ini mengandungi :
1. 2 balang Karipap Mini CTNOOR 250gm
2. Borang tempahan Karipap Mini CTNOOR
3. Kos penghantaran

Oleh itu, bagi yang berminat, bolehlah menghubungi kami di talian 0122869649. Tarikh akhir penghantaran sampel Karipap Mini CTNOOR adalah pada 18/6/2014.