Thursday 27 December 2012

Aku,Karipap dan Mini

"Manusia Itu Ibarat Karipap,Luarnya Hampir Sama, Namun Intinya Lain Lain" #Kartunis Ubi

CTNOOR
Itu jenama kami.Yang baru di 'rebranding'kan di tahun ini 2012.Sebelum ini kami menggunakan jenama 'NOOR',tapi atas kekhilafan kami dalam industri perniagaan ini, kami tidak pun mendaftar jenama 'NOOR' ini dan bila hendak didaftarkan di MyIPO,sudah wujud nama 'NOOR' dipangkalan data.Maka beralihlah kami ke jenama 'CTNOOR'

#Reverse Cerita#
Kisah aku,karipap dan mini bermula di tahun 2000.Sebelum itu,syarikat kami,Peneram Asli Enterprise hanya mengeluarkan produk peneram.Dari nama company pun dah agak kan.Itu nama atok saya yang kasi.Perniagaan bermula pada tahun 1999 dengan produk Peneram dan syarikat Peneram Asli.

Peneram.Produk yang bermusim.Tiba je hari Deepavali,tempahan menggunung,bila tiba hari biasa,dah masuk lobang.Bila Pengarah Urusan CTNOOR,Puan Nor Hashimah pergi ke satu program,beliau telah berjumpa dengan IronLady Malaysia-Datuk Maznah.Disitu,pesan Datuk Maznah "kalau awak nak lebih maju,beralihlah kepada produk lain"

Maka,disitu,tercetuslah idea untuk membuat produk Karipap Mini Serunding Ikan Bilis,atas kepakaran yang kami ada untuk membuat karipap mini.

Ternyata,penghijrahan kami kepada produk baru memang tidak sia sia.Sambutan yang hangat bukan saja tibanya musim perayaan,tapi sepanjang masa.Produk karipap mini kami yang berkualiti sesuai dimakan oleh semua golongan.Dari kanak kanak sehinggalah dewasa.Karipap Mini Serunding Ikan Bilis dan berkhasiat tinggi amat sesuai dijadikan sebagai makanan ringan buat kanak kanak dan golongan dewasa sewaktu anda membuat kerja,menonton tv,menonton wayang,berkelah,bercamping dan lain lain lagi.

Dah pernah cuba?


PEMBORONG & PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA.KEUNTUNGAN LUMAYAN.TEMPAT TERHAD.

Untuk sebarang tempahan/pertanyaan :
Hubungi kami sekarang :
CTNOOR
FB : www.facebook.com/ctnoorkaripap
Hotline : 0125097963/0122869649

No comments:

Post a Comment