Saturday 19 January 2013

Dari Hati CTNOOR

Tq Dr Azizan Osman . Tq Jerry Zafrul Rizal Mat, Tq Print Monster Sdn Bhd (947010-H) , Tq Bryan Gan, Tq Nik Zaidi Nik Majid . Saya bermula hanya dengan niat untuk membantu perniagaan keluarga yang dah bertahun tahun berniaga ala ala kampung saja. Sudah hampir 10 tahun mak berniaga. Tetapi setiap tahun hasilnya tetap sama.Tidak tahu kemana hala tuju perniagaan. Berniaga hanya untuk menampung perbelanjaan harian keluarga. Tetapi selepas menghadiri AMP November 2011 dan IMKK Februari 2012, kami semakin jelas bermatlamat!Ini bukan perniagaan kampung kampung tapi kami boleh tawan dunia! Selepas IMKK, terlalu banyak perkara manis yang datang tak terhitung!Dengan kuasa ‘Rebranding’ dari Print Monster dan Bryan Gan, kami ditawarkan pasaran untuk setiap pasaraya Mydin di Malaysia, jualan di Mydin meningkat 100% dari RM15 000 kepada RM 30 000 sebulan dan perkara paling manis di tahun 2012, kami berjaya dianugerahkan sebagai Usahawan Berjaya dari Mydin Holdings hasil peningkatan jualan perniagaan dan berjaya membeli sebuah mesin karipap mini yang sudah kami idamkan bertahun tahun untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikat .2012 yang manis!Kejayaan akan datang dengan mudah apabila kita benar benar mempunyai matlamat yang jelas. Jika setahun yang lalu saya tidak menghadiri program program Dr Azizan Osman, perniagaan keluarga ini masih kekal ala ala kampung lagi. Saya percaya pada kuasa ELMU.Segala galanya boleh berubah. Biarlah ramai yang berkata, mengapa perlu membayar mahal mahal hanya untuk mengkayakan Dr Azizan, mengapa perlu lagi kehulu ke hilir mencari ilmu dan berniaga sedangkan kerja cikgu kan dah ‘kaya' (kononlah).Biarlah mereka berkata kerana mereka tidak tahu betapa tak terhitungnya 'nilai' yang saya belajar dan dapat dengan menghadiri kelas Dr Azizan. Biarlah mereka berkata kerana mereka tidak tahu betapa jelasnya saya terhadap masa depan saya dengan belajar dengan Dr Azizan. Sesuatu yang saya takkan dapat walaupun sudah belajar sehingga ke peringkat sarjana sekalipun!Ada saya kesah? .Pelaburan yang paling menguntungkan, adalah pelaburan ELMU!.Jika masih sombong dengan ilmu, jangan mimpi ilmu akan berkawan rapat dengan kita.Paling menggembirakan hati saya, mak kesayangan dunia akhirat saya semakin gembira, semakin positif, semakin jelas bermatlamat dalam menguruskan perniagaan. Berkat hasil jualan kami, Alhamdulillah mak juga bakal menamatkan pengajian di University of Life pada Februari ini. Mak cakap, "Mak tak ada ijazah. Tapi apa yang mak dapat dalam kelas Dr Azizan adalah lebih besar dari semua kursus Pengajian Perniagaan di semua universiti" .Terima kasih tak terhitung buat semua yang ikhlas mengajar. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran Syurga di Sana. :)

No comments:

Post a Comment