Tuesday 21 January 2014

Billboard CTNOOR 2014


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Di tahun 2014 ini, kami berjaya mendirikan billboard di hadapan Pusat Pemprosesan CTNOOR. Satu permulaan yang baik buat kami di tahun 2014. Apabila mendirikan billboard di hadapan Pusat Pemprosesan CTNOOR, akan memudahkan lagi peminat peminat Karipap Mini CTNOOR untuk mencari kami.

Jika ingin ke Pusat Pemprosesan kami, dengan melalui jalan persekutuan, dari arah Taiping menuju ke Parit Buntar, anda akan melihat billboard yang menarik ini. Jika dari arah Parit Buntar juga , dengan melalui jalan persekutuan, 4km dari pekan Bagan Serai, anda juga akan melihat billboard ini.

Sudah tidak sesat lagi kan?

Pusat Pemprosesan CTNOOR mengeluarkan Karipap Mini Serunding Ikan Bilis dan Karipap Mini Berinti Kacang sebagai produk utama. Pengeluaran kami yang mencecah sehingga 200kg sehari mampu untuk menampung permintaan keseluruhan permintaan peminat peminat Karipap Mini di seluruh Malaysia, dan Insha Allah akan berkembang sehingga ke luar negara.

Jika berminat untuk menjana pendapatan bersama kami, kami menjamin anda tidak akan bimbang tentak isu stok Karipap Mini. Pengeluaran kami dilakukan setiap hari, 8pagi - 5petang bagi menampung permintaan peminat Karipap Mini CTNOOR.

Berminat menjana pendapatan bersama kami?
Hubungi 0122869649 (Puan Anis) untuk maklumat lanjut.

www.facebook.com/ctnoorkaripap

No comments:

Post a Comment