Sunday 26 January 2014

Pensijilan MESTI Karipap Mini CTNOOR

Alhamdulillah, Karipap Mini CTNOOR telah di anugerahkan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri atau lebih dikenali sebagai MeSTI.

Pensijilan ini di berikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu pengiktirafan bahawa produk ini telah dijamin dari segi tahap kebersihannya. Bagi pengeluar produk makanan, tahap kebersihan adalah aspek yang amat penting bagi memastikan pengguna mendapat produk yang terbaik keluaran kita. Lagipun, tak baik tau bagi pengguna makan makanan benda yang tidak bersih dan di ragui cara pembuatannya. 

Sebagai pengguna, pernah anda terfikir bahawa bahan makanan anda, proses pembuatannya adalah begini?



Ataupun begini?


Sanggupkah anda sebagai pengguna untuk menikmati makanan yang lazat terhidang tapi sebenarnya proses pembuatannya menjijikkan. 

Sedapnyaaaaaaa!!!Tapi bagaimana dengan cara pembuatannya?

Oleh itu, pensijilan MeSTI adalah amat penting bagi menilai kualiti makanan yang dimakan oleh anda. Anda pastinya tidak akan ragu ragu kerana makanan yang anda beli dan makan adalah dijamin BERSIH. Bermula pada tahun 2014, salah satu syarat bagi pengambilan sijil HALAL adalah dengan mempunyai pensijilan MeSTI. Oleh itu, para pengeluar makanan, jangan ambil mudah terhadap proses untuk mendapatkan pensijilan MeSTI ini. 

Pusat Pemprosesan Karipap Mini CTNOOR amat menitik beratkan soal kebersihan. Kami menjamin hanya Karipap Mini yang terbaik dikeluarkan kepada anda. Premis kami juga menjadi perintis kepada premis premis lain di daerah Kerian dalam mendapatkan pensijilan MeSTI ini. 

Oleh itu, mengapa mencari makanan yang di ragui kebersihannya? CTNOOR kan ada!
Hubungi 0122869649 untuk sebarang pertanyaan.

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”



No comments:

Post a Comment